Silent reader

Monday, November 24, 2014

Car Rental At Kota Tinggi,Johor ( Kereta Sewa Di Kota Tinggi)

Assalamualaikum .
hari ni isnin  24 november 2014, kalau fikir isnin minggu lalu aku sedang
puas balik kota tinggi untuk selesaikan semua masalah-masalah
di johor negeri kesayangan.
Terima kasih untuk Air Asia sebab tiket minggu lalu untuk aku pulang ke johor
dan pulang kembali ke sarawak dikenakan harga yang berpatutan.
Yeah thnks !

For a long time aku tak riview mana-mana agent kereta sewa .
Before this aku pernah buat untuk riview kereta sewa area UITM Sri iskandar,Perak.
Now aku akan riview pulak untuk kereta sewa (car rental) area tempat kesayangan
aku iaitu Kota Tinggi Johor.
Biasanya perkhidmatan kereta sewa ni jarang ada di kawasan yang tiada
pusat tumpuan pelajar IPTA/IPTS.
kalau aku yang nun di UNIMAS ni, bab mencari kereta sewa adalah kemahiran aku
because of nak bergerak ke sana ke sini memang perlukan kenderaan.
mana ada transportation lain so perkhidmatan sewa sewa ni memang famous
dikalangan student.

Now berbalik kepada kereta sewa area kota tinggi, aku suggestkan korang 
dapatkan perkidmatan daripada D' desaru Agensi ! D' desaru *clickthatname*


for those yang tiada kenderaan seperti aku,
for those yang masih study and belum ada kenderaan sendiri seperti aku,
for those yang ingin bercuti di kota tinggi bukan seperti aku,
for those yang nak jalan-jalan dengan family ,
paling penting, for those yang nak bercuti di DESARU KOTA TINGGI !!

AKU SUGGESTKAN KORANG DAPATKAN KERETA SEWA daripada team mereka.
korang boleh dapatkan harga sewaan kereta yang berpatutan ,
dapat jenis kereta yang berada dalam keadaan yang baik,
and siapa yang minat nak pakai AXIA, sini ad woii !!
murah pon murah perkhidmatan yang dorang sediakan..
please jangan lah risau because aku salah seorang customer mereka, wehooo !!
nak bukti, taraaaa !!


tu kereta viva hijau yang aku pernah gunakan dalam perkhidmatan kereta sewa mereka.
untuk info lebih banyak and lebih rambang mata untuk sewa kereta,
click laman web ini http://desaruvacation.weebly.com/car-rental.html
boleh juga contact mereka melalui : 017-7378640
Facebook : D' desaru Agensi
Selamat Menggunakan Perkhimatan Mereka :)

p/s : sila para student or penduduk kota tinggi rambang mata sewa kereta daripada mereka!



Thursday, November 20, 2014

Tahun 2 di UNIMAS - I'M SO GLAD !

Assalamualaikum
why so longggggggg hilangkan diri ??
whyyyy aku makin hilang dari blog sendiri ...
WHYYYY ??
for stalker tetap sorry because i  take too long time to update my blog.
new update :
currently now i'm already students year 2 In UNIMAS and alhamdulilah.
Tahun 1 berakhir dengan baik and i'm so lucky .
lucky maybe dikelilingi manusia yang baik baik plus sayang aku lebih.
hehehe

waktu awal semester1 tahun 2 busy dengan mereka..

Waktu awal awal nak mula tahun 2, aku sedih because of pertukaran ahli rumah.
setahun hidup dengan perangai manusia 334 and tiba masa kena tukar pulak.
jujurnya it was too hard for me !
homesick yang melampau memang diri aku then sampai sarawak masalah pulak.
alolo sedih paling tinggi and alhamdulilah now aku dah boleh adapt
suasana baru dengan muka muka baru housemate.
kadang aku muhasabah diri. kita nak berjaya bukan mudah
tapi cara kita memudahkannya itu yang penting.
lagipon ini semua skuad palapes aku so mungkin tiada masalah sangat.
now aku lebih suka dipanggil B125,
Bfore this 334.. 
i love you alls 125 + 334 + pkw siri 17 :)
 

Friday, June 13, 2014

Doakan Kejayaan Untuk Semester Ini

Assalamualaikum..
hari ni 13 Jun 2014 hari pertama aku akan menduduki ujian untuk
tahun 1 Semester 2 di UNIMAS.. my first paper is Titas ..
Titas = banyak kena baca cerita tamdun, tamadun china tamadun india tamadun islam.
and tiga lagi topik yang aku tak ingat , so abaikan..
Political Sciences = hari sabtu paper ni.. aku suka politik sebab Dr faisal pengaruh aku..
hahahaha XD before ni macam tak faham pon apa cerita isu semasa..perang sana perang sini
just faham gitu-gitu jer , but selepas habis satu semester ni banyak laa terbukak sikit
pintu mata aku mengenai politik.
Malaysia Social History = another killer paper.. banyak cerita pasal Sejarah Malaysia yang
aku baru taw , selama ni belajar cuma satu perspektif sahaja tapi kini aku dah didedahkan semua..
kenapa sesetengah kumpulan itu berani buat rusuhan kerana mereka ada sebab,
bukan sengaja selamba mereka buat rusuhan tu.. just think more after this ..
Modern Economics = THIS IS KILLER ! empat jam kredit, memerlukan fahaman yang baik
disebabkan tiada basic ekonomi just perlu more strunggle.. aku dah usaha tinggal doa agar kejayaan
dekat dan sentiasa dengan aku, amin.
Introduction Social Sciences = the last paper and hoorrayyy !
kate classmate aku lepas habis paper ni dorang nak shoot shoot gambar..
maklumlah semester ini laa baru kami sekelas kenal muka masing-masing.
before ni kelas campur dengan program lain so tak kenal pon siapa classmate sendiri..
haaaa, LOL .

So Itu schedule aku untuk Final exam kali ni..
just buat coretan kat sini untuk dikenang-dikenang di masa hadapan.
time tu kalau aku bukak balik blog ni boleh laa teringat sikit-sikit kenangan
semester ni..hahahaha .. semester ni banyak cerita banyak pengalaman and banyak
pembaharuan.. menjadi diri sendiri lebih bahagia, malas nak ingat kenangan lama
and untuk kenangan lama please jangan datang lagi ..
mostly hampir nak gila sebab kejadian tu, tak pasal-pasal
rosak meja belajar aku hanya kerana kenangan lama tu ..
hahahahaha so stupid on that time .. but thnks sebab kau datang hari tu kay walaupon
hanya untuk seminggu and for that girl , kalau ada jodoh tak kemana..
jangan risau kalau memang itu jodoh kau , happy from me :)
~bye

- Be somebody in the eyes of ALLAH even if you are nobody in the eyes of people-

Saturday, May 10, 2014

Putih Yang comel woo

Assalamualaikum ..
bosan baca blog aku ? tiada entry baru ..?
maaf laa , bila idea datang tidak punya masa pulak nak mengarang
tapi bila ada masa idea pulak terhad .. buntu lalu tepu !
sekarang bulan Mei, ohh yess tinggal sebulan duduk kat bumi kenyalang.
rindu teramat paling amat dengan kota tinggi ..
paling rindu dengan puan suhana dan encik osman ..
malam tadi entah kenapa air mata mengalir terlalu banyak , ahh nangis lagi..
aca- aca kuat dari luaran tapi sebenarnye "gembeng" kemain..
p/s : gembeng ialah macam nangis-nangis gitu..faham tak agak2 ?? maybe faham.

8 Mei 2014 , beli sesuatu .. minat yang baru and dapat reaksi yang baik..
great .. suka sebab minat yang baru tu tak gune modal besar ,
jimat plus aku student kan , tak de duit banyak itu pon terima kasih
kat PTPTN sebab bagi aku pinjaman ..
kalau tak mungkin tak taw mane nak dapat sumber yang banyak tu..
terima kasih ..
okay back to my story.. jatuh cinta waktu pandang pertama..
ada banyak sangat pilihan tapi aku mahukan yang ini..
aku gelar PUTIH ..
die comel , kecik plus tak menyusahkan ..
aku kan sibuk sangat , huh sangat laa kan ..
so aku perlukan peneman yang tak banyak respon tapi comel..
ye laa kalau banyak respon nanti aku pulak yang emosi..
dah lah aku ni jenis darah naik turun , 
so aku perlukan mereka yang comel plus bersabar banyak dengan aku..
hahahaha , understand..
so i choose him (jantan kot tak pasti jantinanye)
excited sangat bile dah ada PUTIH kat rumah.
sebb die masih kecil so kelihatan sangat kecil di satu sudut..
yeah, aku letakkan di belakang rumah aku..
ada cahaya cukup untuk tumbesarannya nanti...
aku cerita kat parents ngan sibling aku , and mereka gelak ..
mereka pelik jugak tetibe aku minat nak ada peneman ni..
but mereka tak halang ..
in the end aku nak cakap , aku suka PUTIH aku ..
you very cute to me baby ! awwww ~~

ini laa PUTIH kesayangan aku , comel kan comel kan.. LOL ~~
*GAMBAR GEDABAK UNTUK KEPUASAN*

Friday, April 18, 2014

Produk dan Cantik


Assalamualaikum ..
Haacummm , bersin untuk kali yang pertama bukak blog fara ..
lama sangat tak hupdate story kat sini , lame sangat tak lepak luah nangis kat blog sendiri..
huhu , tuan punye badan pon semakin meningkat umur  nampak gayanye..
biar meningkat umur tetapi mohon jangan meningkat berat badan , jangan naik pipi..
Tapi apakan daya itu semua hanyalah mimpi kerana pipi aku semakin membulat.
nak kata bahagia memang laa, keluarga kawan sentiasa di sisi..
mungkin dah tak de yang nak jaga makan minum aku , makan main bedal sahaja..
hahahhaha XD

#dimana-mana #cermin

Produk dan CANTIK ??
aku terasa terpanggil untuk bercakap isu cantik-cantik ni..
well perempuan kan , minat untuk menjadi cantik tu sangat tinggi ..
sekarang dah bulan April , ye bulan ke empat dalam kalender ..
sepanjang awal tahun hinggalah sekarang apa yang aku dapat lihat ialah
fenomena ingin menjadi cantik + putih + gebu sangat popular ..
sumpah terlalu banyak produk white sini , white sana ..
gebu sini gebu sana ..
paling famous sekarang yang collagen , pantang ada tulisan collagen
semua serbu beli ..
Sebelum mereka beli produk-produk kecantikkan ni , ada tengok tak bahan-bahan yang digunakan ?
bukan aku nak cakap seperti aku laa pembuat produk kecantikan ,
tapi sebagai pengguna aku rasa better korang amik maklumat dulu apa bahan yang digunakan..
kalau produk yang komersal tu it’s okay lagi sebab memang kita taw bahannye ,
ni yang baru muncul seketul-seketul dalam pasaran ,
katenye dalam masa 3 hari dah putih ..
gilew cepat terlalu cepat kesannye , tak takut masa depan ker ?
muke tu nak pakai sampai mati wehh kalau dalm masa 3 hari dah putih ,
comform menggunakan teknik pengelupasan .. yang biasa nye gitu laa kan ? =,=

jujur laa aku terkadang takut dengan apa yang dipasarkan kat pasaran sekarang.
tak mungkin laa aku tidak tergoda lagi ah pulak aku ni kadet palapes ,
muke hitam cerah hitam cerah dah macam perkara wajib berlaku dalam hidup aku..
bila tengok produk 3 hari tu dipasarkan , rasa macam nak pakai jerr weii..
tapi terus terfikir putih sekarang kejap jerr , nanti hitam semula ..
so rasa macam tak berbaloi plus aku memang dilahirkan bukan putih gebu ..
then amik keputusan tak payah laa kay , just pakai bedak sejuk jerr ..
plus krim yang memang aku pakai selalu .. enough tak payah krim collagen bagai ..
( setia dengan SAFI )
lagi satu yang buat mereka aka pengguna ni senang terpengaruh ,
model plus duta yang promosikan produk tersebut ..
model yang digunakan dah memang asal usul putih plus gebu , memang senang ah
kita sebagai pengguna terpengaruh untuk beli ..
dengan katenye dengan menggunakan produk ini boleh cerah percayalah ,
then kite dengan senang terus beli .. then kesannye tiada mule ah hampa ..

lagi satu hal aku ada dengar  produk kecantikkan yang dipasarkan tu ada yang tiruan ..
TIRUAN ? TIRUAN ? ehh kalau setakat beg atau baju tiruan kite sebagai pengguna
pakai boleh terima lagi tapi produk kecantikkan tiruan serius bagi effect yang
besar kepada si pengguna weii .. silap-silap boleh bagi kesan yang buruk kepada pengguna..
kepada pengguna produk kecantikkan , mohon sangat hati-hati waktu membeli.
dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang produk yang korang nak gune.
lihat testimoni or komen-komen dari pengguna sebelum ..
jangan cepat terpengaruh and fikir panjang kay before pakai ..


p/s : ada terjumpa akaun Instagram nama ( putih gebu_5hari) , tergelak weiii .. tapi memang cantik pon kakak ni.. huh !


Friday, February 21, 2014

Bola Bola Chicken Chop Kota Tinggi - Review Tempat Makan

Assalamualaikum ..
makan adalah salah satu aktiviti wajib dilaksanakan oleh setiap manusia .
makan dapat membekalkan tenaga kepada badan kita .
makan menjadi seronok apabila makanan yang dimakan itu sedap dan murah !
cakap pasal murah ni aku suka nak dengar , hahahha XD
kali ni rasa terpanggil untuk aku buat sedikit review tentang salah satu 
kedai makan di kota tinggi yang aku rasa not bad ,,
for those yang suka makan chicken chop + nak harga yang berpatutan 
sila baca entry ni sampai habis yee :D

kedai makan yang aku suggest korang boleh makan ialah
Kafe BOLA BOLA CHICKEN CHOP ..

Jalan Desaru - Kota Tinggi , 81900 Kota Tinggi Johor .
dibuka daripada jam 5.00 p.m until 1 a.m.
haa bagi pelancong-pelancong tu kalau sebut DESARU korang mesti
dah familiar right ? so before ke Desaru tu singgah makan kat sini dulu okay ..
kalau dari arah kota tinngi kedai ni berada di sebelah kanan jalan and
kalau yang mana datang mengikut highway senai-desaru kedai ni
berada di sebelah kiri ..
so far aku makan kat sini aku boleh cakap sos yang dibuat tu sedap ,
chicken grill die pon not bad ..
and yang paling best korang boleh makan chicken chop ni dengan harga serendah
RM5.00 plus banyak daging ayam nye .. 
waktu aku makan ni tak habis kott sebab dah kenyang dah ..
kesian si halimi yang kena paksa habiskan itu pon tetap tak habis jugak..
hahhahaha XD
 
Sedapnya , okay perut terus bunyi tengok makanan ni ..
aku suka sayur tuu , sedap !! before this kalau mana-mana sayur yang dorang
letak kat tepi ayam aku tak pernah aku usik sebab aku rasa tak sedap langsung !!
yang ni penuh selera aku makan , agaknya sebab tu laa ayam aku tak habis kott ..
so here beberapa view kedai yang boleh korang tengok ..
yang best nye kedai ni semangat pasukan bola johor taw ,
JDT = JOHOR DARUL TAKZIM ..
semuanya bertemakan biru merah .. yeah yeah
sesiapa yang belum try makan kat sini , boleh laa datang lepak sini ..
jangan risau semuanya dijamin sedap ..
so enjoy all the photo and thank you ..
xoxo, ~ bye






p/s : pulau pinang sarawak selangor

Wednesday, February 05, 2014

Kem Tahunan junior palapes darat siri 17 ( Personal story first)

Assalamualaikum ..
kekuatan untuk mengagahkan diri menulis blog telah bermula..
start 1 2 3 and now here i go !!!
kehitaman muke menjadi topik penting selepas selesai menjalani latihan
kem tahunan pegawai kadet junior palapes darat UNIMAS ..
itu pintu masuk kolej kenanga aku , kiranya rumah utama aku di bumi
kenyalang ni laa. kediaman yang banyak kenangan dalam diri setiap kadet..
menjadi kadet junior dalam darat ni , banyak cabarannya..
tak payah laa nak cakap jadi junior tu boleh dimanja-dimanja ,
wekkk and sila muntah pelangi ye .. kita sebagai junior telah diberi ilmu
oleh para senior-senior kami agar untuk tidak menjadi lemah semasa kem tahunan ini.
and so far alhamdulilah , kem tahunan peringkat junior berjalan dengan lancar and
semua kadet berjaya melaksanakan setiap tugasan mahupon ujian diberi
dilaksanakan dengan baik .. daebak junior !! :D
muke keriangan + kepoyoan memakai half loreng bersama pertunjukkan gigi ..
waktu ni kulit muke terjaga bak menatang minyak yang sangat penuh ..
belum dijamah oleh nyamuk aka gangster hutan ..
mereka sangat gangster menyerang muke tangan aku dengan sesuka hati .
senjata yang mereka gunekan sangat laa memberi kesan kepada
kulit aku sehinggakan merah-merah kulit aku ..mujur aku mempunyai
perlindungan dan aku tidaklah mendapat kesan yang teruk akibat
serangan gangster hutan, alhamdulilah :D

mohon jangan keliru wajah aku dengan princess Fiona ( awek shrek) walaupon
aku taw kecomelan aku lebih daripada dia .. hehe XD
selama aku hidup tak pernah aku make up sebegini ..
tak pernah aku terlajak pakai eye shadow lebih ke seluruh bahagian muke ,
maaf maaf actually ni pon eyeshadow pon , macam bongok laa kan
nak pakai eyeshadow ke seluruh muke .. tujuan aku menconteng muke
kesayangan ni kerana aku akan melakukan ujian dan menjadi syarat untuk
kita menconteng muke agar dapat markah yang baik .. betul aku tak tipu ni !
tapi nasib tak berapa baik coz aku kalah dengan kangdungan bahan ni ..
habis naik "jururawat" di muke ku , haihh nak buat macam mne kan,
nama pon pelajar hutan .. aku okey dan terima jerr..


hutan yang aku masuk ni hutan kat Lundu , Sarawak
daripada UNIMAS dalam 2 jam macam gitu laa sebab aku bangun tidur bangun
still tak sampai-sampai .. nampak tak kejauhan di situ ?
orang kampung situ pon baik-baik , kitaorang asyik tumpang
tandas ngan solat jer .. sudahlah bekalan air kurang di kawasan kampung ni..

tapi masyarakat di sini dah biasa dah and kami yang baru datang ni kena
la jugak biasakan keadaan di sini .. ala tapi cuma untuk 1 hari jer rasa suasana gitu sebab

selama 4 hari kehidupan aku adalah sebagai pelajar hutan .. XD
tempat yang aku berdiri ni tempat tidur aku , paham tempat tidur ??
waktu ni laa si Gangster hutan serang aku , huii kejam mereka tu ..
walaupon diserang dan diberi bermacam-macam ujian alhamdulilah
aku berjaya harunginye and horrayyyy !!
now sedang berkemas-kemas untuk pulang ke negeri kesayangan iaitu
JOHOR DARUL TAKZIM ..
doakan keselamatan perjalanan pulang saya , xoxo bye ~





Friday, January 17, 2014

2014 Masa Untuk Berblogging Semula

Assalamualaikum ,,
menulis blog di pagi jumaat bersama biskut Oreo di tepi + susu nespray cergas
yang menjadi menu breakfast untuk pagi ni ..
alhamdulilah pagi ni bersemangat sikit nak mulakan kehidupan ..
alhamdulilah again and thnks a lot to ALLAH S.W.T berikan nyawa kepadaku
untuk hari ni .. semoga kehidupan aku lebih diberkati setiap hari, amin !

perkara biasa yang berlaku dalam kepala otak aku bila sign in account blog .
sebelum sign in tu rasa macam banyak betul nak kongsi ,
sebelum tidur dah berangan-angan bak tuan puteri yang esok nak tulis itu ini.
bila tiba masa dihadapan lappy kesayangan bergelar Mr Handsome ,
glupp diam seribu bahasa.. ini laa farahazurah ,, LOL
TAPI aku tak rasa perasaan ini wujud kat aku sorang  rasanya semua
blogger mengalami sindrom yang sama .. muwehehehe XD

ini sindrom kesukaan aku !! ambik gambar tayang gigi XD
cita-cita nak jadi model iklan Darlie tapi muka comel sangat
so dia kata aku tak sesuai jadi model .. haha XD
itu yang belakang muka adik + manusia paling comel ,
mohd farid bin abdul gani from terengganu !! (abe baju merah)
why i mention him because semalam dia cakap dengan aku lepas
ni tulis laa pulak cerita pasal dia .. haa ni sekarang aku dah cerita ,
so please belanja aku nasi goreng USA kat cafe okeng .. hehe
gambar ni diambil time aku dan skuad-skuad bermain boling ,.
ni laa bestnya UNIMAS , dalam kawasan universiti aku ada kolam renang ,
padang golf , and tempat boling .. heaven sangat-sangat and tak laa tiap
kali aku balik johor ngidam nak main boling.
actually aku ni bukan pro main boling pon tapi aku suka ..
sebab setiap kali aku baling bola tu aku rasa hilang segala stress aku..
itu cara aku laa hilangkan segala penat or stress aku XD


yang ini geng planning & ansos
(planning development & antropologi and sosiologi )
eh ada pulak terselit satu manusia bergelar lelaki nun di hujung ..
itu rahman berkerja sebagai pengutip duit@wang dalam skuad kami..
dalam erti kata lain atau bahasa yang sweet gitu ,  bendahari ..

ini dipanggil teman seperjuangan , luaskan kuasamu johor !
hahaha , from kulai batu pahat kota tinggi and we together !
yang tengah tu diberi nama siti hajar and sorry it already taken !
hahahhaha XD maaf terlambat laa ye ,,

so tamat laa sudah karangan aku pada hari ni ,
next time kalau aku masih rajin and masih ada idea untuk tulis ,
i will write okeng .. btw blog ni memang lama sangat tak update and
harapnya 2014 ni aku semakin rajin and aktif untuk berblogging semula..
see you soon , xoxo ~ bye

Sunday, January 12, 2014

Memperkenalkan gadis digelar HOUSEMATE

Assalamualaikum ..
final is over !!! ya allah suka nye hati tidak terkata ,.
ini laa pertama kali aku merasakan kebebasan untuk bangun menghadap
runningman sahaja .. hahaha, sungguh obvious di situ ..

alhamdulilah final berjalan dengan lancar ..
mak selalu pesan "jawab exam betul-betul,kalau lupa banyakkan selawat"

itu memang pesanan daripada aku UPSR sampai laa ke degree ni..
bersyukur sangat masih ada mak yang boleh bagi nasihat ,
walaupon jauh tapi sentiasa terasa dekat sebab hari-hari kerja
aku call mak sahaja .. kredit aku jujurnye habis untuk call family aku jaa..
sekarang ni lagi laa, toup rm5 pon masih boleh bertahan sampai 3/4 hari ..

maklum laa kan .. :D
menjalani kehidupan di kolej kenanga , that so ohsem !
di sini laa aku rasa aku kerap berjogging ..
kalau kat rumah dulu errr rasa memang malas aku nak berjogging..
and peneman jogging aku sudah tentu warga housemate kesayangan..
yeah !!


semua housemate aku memiliki kecantikkan tersendiri ..
cewahhhh .. so let start one by one ,, 

cantik-cantik kan ?? okay mulekan daripada yang no 1..
1 = Nur izati from selangor,she too cute,sangat suke telo pipi die,,comel ! (1994)
2 = Marisa from kelantan, we call her Datin sebab die sgt busy memanjang (1993)
3 = Ahlami from selangor.sangat pemalu and sopan santun.. ahaks ! (1994)
4 = Halimah from sabah, aku rasa die paling jujur bila bagi pandangan tentg kami (1993)
5 = Ummu from Johor,die segala 'mate' untuk aku & she our chef ! (1993)
6= Wendi from sabah , sangat rajin and paling suka bergaya,koreans (1994)

7= Siti Fatimah from N.sembilan, driver kami bila berjalan (1993)
8 = Amalina from Sarawak, the cutest,the smallest but have a lot of energy! insya allah dekan budak ni..hehe XD (1994)

9= Liyana from sabah , die cantik and paling gojes dan rumah (1994)
10 = farah azurah from johor suara petir AND siapa nak lawan ? haha,suara edisi terhad ! hahha XD (1993)




haaa, mata korang cukup tak dicucikan dengan wajah-wajah aweks..
cewahhh , korang hanya mampu melihat sahaja kay..

so far alhamdulilah , budak rumah sangat memahami diri masing2..
masalah tu biasa laa,mana-mana ada prob but
all of us handle properlly and alhamdulilah kami semakin rapat.

malah kami lebih gemar menghabiskan masa bersama , tak tipu ni !!
kadang-kadang masalah yang datang tu buat kita mengenali diri seseorang..

kan ?? insya allah kami 10 orang ni semua akan ditauliahkan menjadi
pegawai kadet dan semoga kami semua dipermudahkan untuk itu..
semoga kita semua juga berjaya dalam pelajaran and itu adalah
misi utama kita semasa menjejakkan kaki di UNIMAS ini..
insya allah kejayaan hampir dan dekat dengan diri kita semua..
amin !! love u alls :D









Thursday, January 02, 2014

2013 , YOU ARE MY BEST YEAR EVER !



Assalamualaikum ..
( entry release 2 januari pulak akibat masalah internet) XD
Hari terakhir tahun 2013, alhamdulilah syukur sangat-sangat
dari tahun 1993 sampai
laa sekarang aku masih boleh bernafas .
masih boleh hidup , boleh berjalan , makan tu semua.
Terima kasih Ya Allah dengan semua ini .
Mengimbau kembali memori-memori 2013 , semua perasaan keluar ..
rasa gembira , terharu , sedih , sayu , marah and macam-macam lagi laa.
Usia 20 tahun banyak mengajar aku apa itu kehidupan ,
aku dikenalkan dan dilihatkan
dunia kehidupan sebenar . Mungkin belum sepenuhnya tapi aku sudah melaluinya .
Bermula di awal januari , semuanya kelihatan seperti biasa .
aku bekerja sebagai cashier , memiliki buah hati yang digelar encikmasadepan .
sangat bahagia waktu itu ..
bulan Februari , aku bekerja seperti biasa. Mencari duit dengan tidak pernah mengatakan penat ,
maklum laa tahun baru cina , dapat banyak limau air kotak percuma , bergaduh dengan customer.
LOL .. part yang bergaduh tu aku tak ingat sangat yang penting aku nangis sebab dorang
tak reti sabar sudahla tu guna bahasa kesat dengan aku .. ohh sangat sangat laa kurang hajar .
Bulan MAC , bulan dimana aku mula dinaikkan pangkat semasa bekerja ..
menjadi senior cashier waktu itu ..alhamdulilah rezeki tak pernah putus .
AND kalau tak silap keputusan STPM 2012 keluar bulan mac..
lagi sekali ALLAH bagi aku kebahagiaan , aku dapat keputusan yang baik ..
alhamdulilah memang rasa bersyukur sangat ..
memori waktu itu pon a
kan takkan lupa ..
entahlaa, sukar nak melupakan sebab aku bukan orang pertama yang lihat keputusan aku.
lagi sekali Encikmasadepan yang tengok keputusan aku ..
he says “ tahniah sayang ” ! Aku menangis waktu tu , sudahlaa aku tak mengharapkan keputusan
yang baik , sudahla die jauh waktu tu .. tapi lepas dapat mesej dari dia
terus teresak-esak aku menangis then baru laa aku gagahkan diri pergi sekolah ..
petang tu aku di bank , Agro bank dan aku masih ingat aku keluar pintu bank dan
aku dapat mesej tahniah daripada parents dia .. ya allah I can remember all the memory !

Then after a month kalau aku tak silap , aku melakukan kesilapan and yess I’m regret ..
seriously I’m so dumb ! so stupid but everything has change ..
the past never come back and never come back ..
I know cause almost 5 years we together and what he say, he will do it ..
I try my best untuk mencari pengganti hati ini .. aku dah cuba tapi masih sama ..
semakin aku menjauhkan perasaan ini , semakin dia datang . Ini bukan drama atau cerita
yang aku reka , tapi ini perasaan yang aku rasa ..
aku cuba mencari pengganti encikmasadepan itu tapi semuanya tidak berjaya ..
perasaan itu tidak sama seperti yang aku pernah rasa dulu ..
tak guna aku bazirkan masa dengan orang lain sedangkan hati bersama dengan orang lain.
sakitnya biar aku rasa sorang , tak perlu melibatkan orang lain..


Bulan Julai , moment paling indah bergelar pelajar university ..
siapa sangka gadis bernama farah azurah binti Osman Berjaya masuk univeristi..
dari kecil selalu bercita-cita dan tulis dan BIODATA bab impian
“ingin belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading”
ayat itu adalah ayat yang aku tulis dalam
biodata aku yang pakwe-pakwe kawan-kawan aku selalu mintak !
LOL again.. normally pelajar seusia aku memang ada biodata ,
biodata adalah diri kita , semua kita tulis dalam tu ..
so far aku tengah exam sekarang ni ,just wish me luck okay .

Kini bermula tahun baru , mungkin aku atau kehidupan aku perlu berubah ..
sudah puas merasa kehidupan “ couple-couple ” ni ..
so better aku hentikan dan tidak perlu laa lagi .. bukan niat ingin menolak sesiapa tapi
biarlaa aku menikmati dunia aku bersama keluarga tersayang ..
aku percayakan ALLAH .. I really trust him !!
aku percaya jodoh aku Allah dah tentukan tapi mungkin nanti ,
mungkin Allah ingin aku menjadi orang yang lebih bersabar ,
mungkin aku sangat jauh dengan dirinya dan biarlah aku
merasakan nikmat menjadi hambanya ..
aku mahukan kejayaan , datang jauh-jauh ke bumi bertuah Sarawak tapi
kalau pulang dengan tidak Berjaya , sangat malu sesungguhnya ! serius ni
J

 semoga aku sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada ALLAH S.W.T
terima kasih untuk semua memori terindah 2013 , love u !
2009 – 2013 , xoxo ~



i'm getting fat because of study week ! errrgghh