Silent reader

Saturday, December 21, 2013

Perasaan sunyi sunyi gituu

Assalamualaikum ..
perasaan sunyi-sunyi gituu, kemain mengade taip gedik-gedik gitu ..
eerrrr muntah darah mohon !! wekkkk

pagi yang indah di bumi kota samarahan , dengan kedudukan rumah tingkat tiga ,
melihat pemandangan roundabout yang besar di hujung sana ,
melihat padang kawad yang terbentang luas ,

melihat rumah 354 di depan sana , ehhh 354 pulak .. :D
MINGGU STUDY WEEK telah bermula .. OMG OMG !

pengalaman pertama bergelar pelajar universiti ,
allah jerr yang tahu perasaan itu ..

selama hidup tak pernah jauh dari mak abah !
teringin nak duduk asrama tapi tak pernah layak untuk tinggal sana ..

*emak kesayangan , anak dara sulung.woott wooottt*
first paper aku ialah paper PBI 0011 , Preparatory english 1 ..
lecterur untuk kelas ni sangat-sangat laa comel ,sangat-sangat laa baik ..
MR CHUA KEE MAN !! big clap for him because he are so good teacher..
seriously !! and his face soo cute ..hehe XD
and then paper subjek hubungan etnik , then end user computer ,
psikologi , ansos , communication , gender , statistik ,and the end !!
then belum merdeka lagi tuu , aku ada kem tahunan palapes ..

so bersedia laa wahai badan kesayangan .. hehe XD
x0x0 ~F 

Monday, December 16, 2013

Hari Sukan Universiti Malaysia Sarawak

Assalamualaikum ..rasa terpanggil untuk menaip di sini lagi , horay hoorayy !!
wait , rasanya masih boleh aku ucapkan Selamat Pengantin Baru
untuk blogger terkenal yuyu zulaikha :) .. wing wing kakak comel dah kahwin !

Tahniah kak yuyu :D
so hari ni hari ahad,memandangkan latihan tempatan palapes sudah habis ,
so kebosanan tetiba datang .. actually tak boleh bosan pon , 30 december dah exam final !

buku and segala kertas sudah mula bersepah di dalam rumah ni ..
tidur dengan kertas buku, bangun dengan kertas buku .. * ohh kemain gitu !! *
Kejap,macam dah lari jauh sangat dengan tajuk jerr ..
actually nak upload gambar event yang fara pergi petang tadi ..
pergi ke padang UNIMAS untuk memberi semangat kesukanan kepada
KOLEJ KENANGA KESAYANGAN !! horaayyyy !
kolej kenanga muncul sebagai juara keseluruhan
Kejohanan Olahraga Interkolej Unimas !
alhamdulilah and serius aku bangga sangat jadi sebahagian daripada warga kenanga.
yeah !
as usuall like before , setiap entry yang aku tulis akan aku penuhkan
dengan gambar -gambar .. baru laa bersemangat and tak bosan
korang baca blog aku ..
so taraaa , my beloved family in Kenanga Unimas .


                                                            Stadium Unimas :D



nak kurus nak kurus !! nak beli basikal untuk dijadikan harta kat sini ,
tapi tak terbeli lagi .. tu basikal pinjam sahaja.. yang bawah tu semua manusia
yang paling rapat dengan aku di kenanga ni .. *housemate + roomate kay*
except that pemimpin. haha XD




Gempur , WIRA !
Gempur , WIRA !
Gempur , WIRA !! semangat sangat di situ yee skuad kesayangan ! XD
tahniah untuk semua atlet-atlet kenanga .
maaf laa tiada gambar mereka beraksi sebab aku datang petang
sudah laa tu final so tiada laa gambar-gambar game yang lepas.
Tahniah kenanga !!

Skuad kesayangan beraksi, hooraayyy !! xoxo~


 @wani@rasydan@paan@areangah@hakim@faqis


Wednesday, December 04, 2013

Yang baru !

Assalamualaikum ..
All about me, me me me me me me ..
why so many " me" in that sentences.. being maria elena ker speaking ni ?
hahhahahha XD
english aku broken kott,tak mungkin laa dapat speaking dalam ni..
so how farah azurah now ?
dah laa semakin jarang jarang jarang sekali update blog,
kalau dulu setiap bulan comform,PASTI ada update tetapi kini ?
ni semua berpunca daripada camera kesayangan aku rosak !
ye rosak terus aku rasa sunyi sepi dunia aku ..
arrr !! how i miss it you sayang :(


apa kaitan gambar itu dengan camera aku ? 
abaikan !! 
so sekarang dah masUk bulan disember ,right ??
means dah masuk bulan yang ke empat aku berada di sarawak..
horrayyy,bumi kenyalang bertuah yang aku sayang ..
so far study okay cume ada laa yang susah susah tu,kena pandai-pandai
handle setiap masalah tu . paling sakit bile buat assigment yang aku tak faham ..
sebagai contoh assigment subjek statistik yang totally maths..
actually kira-kira tu aku boleh handle laa lagi *tak handle sangat pon* , tapi bile 
lecterur suruh aku buat ayat untuk sesuatu jalan kerja tuu,terus stuck otak !
daripada matematik menjadi karangan,kan macam teruk tuu jadinya ..
then hari tu aku dah midterm,keputusan aku sangat laa biasa ..
tu laa tak study sape suruh ..layan sangat penat badan tu ,inilah akibatnya ..
and korang-korang ada baca tak post aku yang sebelum ni ?

kalau korang ada baca aku ada tulis pasal kejutan yang aku nak buat ?


taraaa mempersembahkan pau yang semakin membulat !!
hahahahha,saja laa kan test diri masuk palapes Unimas ni..
bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi jerr .
cukup kuat ker aku ni sebenarnya ??
zaman sekolah dulu kerjanya menari jer,tak pernah pulak kena kawad,
berlari or buat aktiviti fizikal lain..
serius ini sesuatu yang baru untuk aku ..
tapi alhamdulilah so far okay jerr ..
wish me can do all the activity very well okay  :D
TERKEJUT KER DENGAN KEJUTAN AKU TU ?
SEBENANRNYA TAK PON.. kannnn ~



p/s : camera kesayangan yang baru ! colour pink and yang kali ni
aku akan pastikan aku lebih menjaganya dengan rapi..
Welcome to my world " lady ".. 
lady for my pink camera :)

Wednesday, September 18, 2013

Kejutan Yang Telah Dan Akan Aku Lakukan

Assalamualaikum ..

"mak,akak dah buat keputusan ni,mak boleh terima ker ?? "
" tak pe laa kak,kalau itu yang ko pilih mak restu ,.ingat pesan mak,sembahyang jangan lupa..ko boleh bawak kan semua tu ?? "
" boleh mak,.insyaallah apa yang akak buat ni boleh jadikan akak lebih berdikari "



sound so serious kan .. hahahha..keputusan apakah yang telah aku lakukan ??
actually aku ni suka mencuba sesuatu yang baru ..
dari aku kecil aku begitu, suke mencuba tapi sebelum nak cuba tu kemain laa takutnya ..
bermula dari zaman tadika lagi, aku boleh join team gamelan .
gamelan ialah permainan alat muzik tradisional yang aku rasa sangat cool berbanding
alat muzik moden sekarang ni ..bunyinye dah laa sedap , and aku tak rasa susah pon .
and kemudian berpindah ke sekolah rendah pulak ..
dari dunia seni,bergamelan bagai semua then aku berpindah ke dunia sukan ..
aku join team netball dengan berjayanya ..
bukan nak berbangga laa tapi sampai peringkat daerah aku main,
so sangat aktif laa tu .. dengan muka aku gelap giler waktu uw,
memang all out aku aktif ,and keputusan UPSR aku pon bukan laa teruk sangat,
alhamdulilah 3A .. syukur !! :)
masuk sekolah menengah,hahahha zaman kegemilangan aku ..
suka duka perkenalan hidup bermula di sini ..
berkawan dengan orang itu ini,jatuh cinta putus sedih frust arrr semua aku dah pernah rasa ..
memang dunia remaja aku sangat syok ah !!
okay berbalik kepada cerita tadi,di sekolah menengah aku lagi aktif ..

zaman sekolah menengah aku aktif terlalu aktif dalam bidang tarian !!
bidang yang banyak bawak perubahan dalam diri aku ..
perubahan yang baik,alhamdulilah team tarian aku semua perempuan so
aku tak berapa segan sangat dalam melakukan tarian ni ..
so now dunia universiti,rasanya lagi sekali satu bidang yang abah aku nak sangat aku join.
aku taw pilihan ni memang sukar untuk aku buat tapi aku dah mintak restu
mak aku,insyaallah semuanya berjalan dengan lancar ..
aku tak berani lagi nak bercerita pasal bidang yang bakal aku join ni,
cume aku yang mintak doakan yang terbaik untuk aku ..
aku berharap semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang penyesalan ..
aku tak nak berpatah balik,takkan sesekali berpaling ke belakang
sebab pilihan ni telah pon aku pilih ..
doakan aku okay :)


MUZIK - SUKAN - TARIAN - ???? :)

xoxo~










Thursday, September 12, 2013

Hai UNIMAS 2013/2014


Assalamualaikum kawan-kawan ..
being so selfish apabila blogspot ini dilupakan ..
actually bukan dilupakan cume kekangan masa,kekangan idea untuk menulis cerita-cerita baru ..


Untuk pengetahuan semua,now saya adalah pelajar setia UNIMAS !!




semangat gemilang UNIMAS kekal terpahat hingga sekarang ..
Ya Allah,syukur aku ucapakn kepada yang maha Esa atas rezeki yang kau berikan ini..
aku taw diluar sana beribu lagi kawan-kawan aku yang tidak dapat menyambung 
pelajaran mereka .. syukur aku ucapkan ..
so korang  apa yang aku patut cerita untuk entry pertama aku di sarawak ni ..
hmm, about sarawak ? sorry laa aku belum berjalan pon lagi di sini ..
maklum laa,lesen tiada and kenderaan pon tiada .
tetapi,apa yang aku boleh cakap UNIMAS ni besar sangat !
serius luas and besar and kalau korang nak taw,dalam UNIMAS ni pon
terdapat satu perkampungan kecil ..
so awesome laa !!!

Di sini aku ditempatlan di kolej Sakura !!
"girl power,kawaiie !! "
ini adalah trademark kolej kami dimana setiap kali aktiviti / pertandingan atau apa
sahaja yang melibatkan pengghuni sakura,kami perlulah seru
trademark kami ni ..


untuk pengetahuan korang juga,koleh sakura adalah satu-satunya kolej
yang mana penghuninya terdiri daripada kaum wanita sahaja ..
wanita sahaja !! bertuah kan ??
so tiada masalah ah dalam etika pemakaian,etika time sidai baju ..
huhuhuhu ..malu kott kalau berjiran dengan pelajar lelaki ,,
errrrr !!! (boleh bayangkan tak apa yang aku maksudkan ? hahahahha )

katil kesayangan,heppi !!
saje laa kan amik tema pink sweet gitu, konon time tidur pon nak feel bagai !
puihhhh ***
bilik aku kecik jerr,muat-muat katil single &double decker ..
aku buat pilihan untuk ambil katil single agar lebih selesa ..
about my roomate ,cume 2 orang jerr ..
which is sorang dari kota tinggi,johor and another one from kelantan .
alhamdulilah laa sebab 3 of us same fakulti iaitu
fakulti sains sosial ..
yang dari kelantan lagi best sebab kitaorang same course
iaitu PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN !
great !! so daripada orientasi sampai laa pergi ke kelas still ada kawan .

aku rasa ini jer laa mukadimah kehidupan aku di sini ..
nanti kalau ada apa-apa yang menarik,i will share dengan korang ..
jujurnya aku sedih di sini sebab camera kesayangan aku telah pon menamatkan
riwayatnya !! jujur aku sedih beb..
sebab tuu laa sekarang aku dah kurang upload gambar,
kurang update blog sebab salah satu faktor nye ini laaa..
i wish i can get another camera compact,
sorry i don't want DSLR ! i don't want !!!

xoxo,love u alls ~


Friday, August 23, 2013

Beraya 2013 Di Econsave Daiman Jaya

Assalamualaikum pembaca ,,
*wing,masih ada pembaca kah ?? "

cepat sungguh masa berlalu,sekarang dah masuk bulan Ogos,
that means bulan beraya.. yeah !!!
kalau di johor atau di bahagian selatan,kitaorang menyambut raya
untuk sebulan .. waktu ni laa jadual setiap hari penuh dengan menghadiri
marhaban dan juga open house .. I LOVE MALAYSIA !!
tetibe semangat patriotik muncul,maklumla 31 ogos ni kita akan menyambut
kemerdekaan untuk kali ke 56.. alhamdulilah ..

Ni dah lari tajuk nampaknya,raya 2013 korang amacam ??
puas beraya tak ? collection duit raya masih dapat ??
kalau dapat baguslaa,that means BERTUAH !
bukan senang remaja remaja di luar sana yang seusia aku untuk mendapatkan
duit raya,atas alasan dah besar kalau tidak pun dah kerja ..
tapi memandangkan aku ni cute plus cute so still dapatlaa duit raya..
*muntah wehh cakap diri sendiri cute!!!!*

actually aku ni cucu sulung daripada 28 sepupu kupukupu,so
all my auty and my uncle still baik hati lagi bagi aku duit raya..
TETAPI ,alangkah sedihnya dipagi hari raya aku tidak dapat
bersama-sama dengan sepupu bersalaman memohon kemaafan daripada
saudara saudara disebabkan komitmen aku terhadap kerja ..

yalls ~

rakan kerja @aying yang bersama aku dipagi syawal ..
dan dipagi syawal ini juga laa aku terlewat pergi kerja ..
so sorry boss :)
waktu awal pagi tu customer melayu tak nampak lagi,
masuk lewat tengahari dah mula nampak seketul dua ketul
datang dengan berbaju melayu,berbaju kurung ..
masing masing bergaya sakan,maklum hari raya kan ..
tak sAlah untuk kita bergaya setelah sebulan kita mengharungi ibadah puasa,
malah dituntut dalam agama untuk meraikan bulan syawal ini ..
so aku dah malas nak taip panjang-panjang,korang tengok gambar jer laa kay.











rakan sekerja yang super awesome !!
Barisan pengurusan Econsave Daiman Jaya 2013.


walaupun sibuk bekerja,bergambar tidak harus dilupakan
agar kenangan waktu ini tidak akan dilupakan ..
i choose yellow untuk raya pertama supaya menaikkan seri aura syawal di tempat kerja ..



Monday, July 15, 2013

Baru Balik Sarawak and Kena Pergi Lagi

Assalamualaikum ,,
semakin lupa dah aku dengan blog kesayangan,maklum laa sibuk dengan kerja ..
fokus dengan satu perkara sampai blog yang dulunya disayangi sangat
terus dilupakan .. al maklumlaa,dulu update blog untuk bagi orang lain baca
and now orang tu dah tiada so macam dah malas terus dah update ..
*pless jangan ingat lagi wahai cik farahazurah*

bulan Jun yang lalu aku sempat menjelajah negeri diluar semenanjung iaitu sarawak ..
and paling paling best company tempat kerja aku yang hantar ..
yeah !!!
    
gambar setiba aku di Miri Sarawak, 12 JUN 2013 ..
tarikh keramat yang aku takkan lupa,maklum laa the first time aku merasa
naik kapal terbang .. and pengalaman pertama ni laa yang aku takkan lupa..
and aku ni sangat teruja bile sampai kat bandar Miri tuu,memang aku suka sarawak kott ..
aku suka sebab macam-macam etnik aku boleh njumpe kat sana ..
and sekarang aku sudah ada kawan yang tinggal di MIRI ..
and seriuosly,dorang memang baik .. sepanjang aku kat sana memang dorang layan aku
dengan baik,ajak pergi jalan-jalan , pusing-pusing bandar Miri ..

walaupon hakikatnya aku sibuk gile dengan kerja,maklum laa pasaraya
Econsave pertama dibuka di Miri,sarawak so banyak kerja perlu aku buat ..

and 2minggu lepas tu aku pon balik ke tanah johor,tempat kelahiranku,
negeri kesayanganku,takkan pernah berubah johor sentiasa dihati !!
and aku pon feeling bahagia laa and kerja balik macam biasa and lalalala ..

and sampai laa hari ke dua ramadhan ,dimana keputusan UPU keluar ..
and segala otak badan kaku dengan kadar paling segera selepas melihat ni !

Tahniah !! UNIMAS ???

Nampak tak sengajanye aku membesarkan ayat diatas ..
dengan tidak sengaja waktu tu air mata aku mengalir ,,
first ayat aku baca yang TAHNIAH tu,okay aku nangis sebab dapat U ..
ayat kedua aku baca yang UNIMAS tu,menjerit tidak tentu hala aku waktu tu ..
ya allah,kenapa sejauh ini ya allah ,,. mana tak nangis aku dibuatnya,
lagi sekali aku terpaksa berjauhan dengan mak abah,adik ira acah ..
belang aku yang mule menjaga baik diri aku ,,
memang aku sedih tapi aku cuba berfikiran positif ..
aku tak taw rezeki aku meang dekat sana atau apa sebab :
waktu aku SPM,aku ditawarkan ke POLITEKNIK MUKAH SARAWAK,
dan aku tolak dengan alasan jauh dan aku tak nak ..
then aku bekerja dipasaraya dan aku telah dihantar untuk bekerja di
ECONSAVE MIRI SARAWAK ..
dan kali ini keputusan UPU STPM aku sudah keluar dan aku ditawarkan belajar
di UNIMAS SARAWAK ..
nampak tak jodoh aku dengan negeri bumi kenyalang ni macam mne ??
and sekarang aku sedang sibuk bekerja cari duit untuk raya plus sibuk
dengan pendaftaran UNIMAS ni ..

"ya allah,permudahkan laa urusan pembelajaran farah azurah di sarawak sana ya allah.
berikanlaa dirinya kekuatan fizikal dan mental agar dirinya tidak lemah sepanjang
berada di sana,amin amin amin "

Monday, March 18, 2013

Good Time- farah the azurah

Assalamualaikum ..
1 weeks later ,,
tut tut "hello korang semua jadi oke esok g balau"
 " oke,geng yang ni pakai baju biru,geng satu lagi purple oke"
"oke set ! ^^ "

seminggu sudah berlalu,ombak angin air semua tuu masih
segar di ingatan aku ..
lama sangat tak pergi Laut, sekali dapat pergi amik kaauu
aku nye excited .. lupe smua dibuatnye ! ^^
tanjung balau sangaat legend namaanye untuk penduduk kota tinggi ..
desaru tuu famous sangat,Balau ni pon dah kira oke ..
pantai oke,pasir oke .. kiranye boleh ah korang ajak family or sape-sape jerr datang sini ..
ombak tidak ah berapa kuat sangat ..
kitaorang gerak dalam pukul 11.30 dan sampai dalam pukul 12.10 minit ..
bagi korang yang masih tak tahu jalan,jangan risau ..
aku gerenti korang takkan sesat sebab penunjuk arah
sangat sangat mudah untuk korang faham ..
and kami yang terlibat melibatkan semua kaum taw ..xcaye ?
tengok ni ...
@sin ying ying ..
senior aku kat tempat kerja aku ..trutly die sangat baik,
happy go lucky orang ni .. hahaha :D
@revathi wardan ..
die ni insyaallah bakal doctor,keluaran MRSM ..
pandai ah budak ni,baik sangat ngan aku ..
kitaorang tak sebaya tapi aku tak kisah ..
janji tak timbulkan masalah,semua orang aku kawan ..
p/s : muke aku memang berdekah ah kan sebab pakai tudung sarung ..
jujur memang kelakar muke tembam gitu ..

kitaorang buat BBQ,sediakan duit sorang RM20 ..
makanan,transport semua siap ..
memang puas hati ah,mak revathi memang pandai giler
peram ayam berempah uw ..
family mereka ni macam orang melayu,mak die pandai taw cakap jawa ..
hebat ah auty ni ..
aku ni bab makan memang no 1 ah,maklum ah cita-cita nak jadi
pengacara jalan-jalan cari makan,so aku pon bekerjasama dengan mereka
untuk membakar ayam tu dengan kadar segera memandangkan
perut-perut aku memang menunjukkan kelaparannye ..
hahahahah :D


sangat excited tengok ayam tuu,makan pon tak sabar jerr ..
hahahahahahah :D
tapi memang sedap ah,..
makan tetap makan,mandi tetap mandi ..
misi utama mandi laut an,die nye panas jangan cakap ah ..
aku pulak tak pakai sunblock,pakai redah jerr ..
so redah ah kehitamannye ...hahahha :D
keseluruhannya,ini percutian yang menarik dan sangat best ..
yeah ! 


mereka yang riuh,yang sangat kecoh ...
semua ni ohsem ah !!!
and dah lepas mandi-mandi tuu aku,nabila,syuhada,aying 
dan kak baheera pergi tengok wayang ..
mulenye macam nk g boling tapi macam memenatkan jerr,
so tukar plan pergi tengok wayang ..
and kita semua tengok cerita Oz the great and powerful .

alamak,kualiti gambar google tak bagus pulak ..
tapi ceritanye sangat best ah ..
korang semua memaang patut tengok ..
hehehehhehhehe :D
oke laa korang,hari ni keputusan STPM akan keluar ..
wish me luck korang ..
bye ~

Monday, March 11, 2013

Membebel dan Menaip

Assalamualaikum ,,
sebulan sekali update blog,dasyat tu bunyik nye ..
kekangan masa yang aku hadapi membuatkan blog semakin
berjauhan dengan diri aku ..
kerja dh masuk 4 bulan, lama jugak tuu ..tarikh start kerja dari 
6 December 2012 sampai sekarang,boleh tahan ..
keputusan STPM pulak belum tahu lagi tarikhnye ..
aku masih penasaran tarikh yang sebetulnye yang mana..
hopefully 18 MAC 2013 ialah tarikh sebenar ..
  
sesi pendaftaran kemasukan Universiti dah bermula ..
alhamdulilah,aku sudah pon isi semua maklumat yang diperlukan ..
sambil isi tuu,aku tetap berharap agar nama aku tersenarai 
dalam pelajar yang dapat menyambung pelajaran ..
cukup laa segala mulut-mulut tutttt yang mengatakan dunia form 6 ni
tidak menjamin masa depan ..
and bla bla bla ..
seriously for me , memang laa dunia form 6 tuu agak mencabar tapi
boleh x just bagi semangat,bukan bagi bebelan kat kami ..
huhhh !
bile tengok gambar boling ni,macam syok jerr kan ..
macam nk lempar kat orang jerr..
upsss,ganas oke ..bahaya dan dilarang buat !
selalunya,aku pakai bola colour pink tapi tengok gambar tuu,
bola tuu same colour ngan baju aku ..
baru laa one set namanye ... saya suke buat TEMA sendiri 
sampai encikmasadepan saya pening dengan kerenah saya ..
ahakss !
encikmasa depan ?? hurmmm,  next story laaaaa yee ..
bye :D