Silent reader

Friday, February 21, 2014

Bola Bola Chicken Chop Kota Tinggi - Review Tempat Makan

Assalamualaikum ..
makan adalah salah satu aktiviti wajib dilaksanakan oleh setiap manusia .
makan dapat membekalkan tenaga kepada badan kita .
makan menjadi seronok apabila makanan yang dimakan itu sedap dan murah !
cakap pasal murah ni aku suka nak dengar , hahahha XD
kali ni rasa terpanggil untuk aku buat sedikit review tentang salah satu 
kedai makan di kota tinggi yang aku rasa not bad ,,
for those yang suka makan chicken chop + nak harga yang berpatutan 
sila baca entry ni sampai habis yee :D

kedai makan yang aku suggest korang boleh makan ialah
Kafe BOLA BOLA CHICKEN CHOP ..

Jalan Desaru - Kota Tinggi , 81900 Kota Tinggi Johor .
dibuka daripada jam 5.00 p.m until 1 a.m.
haa bagi pelancong-pelancong tu kalau sebut DESARU korang mesti
dah familiar right ? so before ke Desaru tu singgah makan kat sini dulu okay ..
kalau dari arah kota tinngi kedai ni berada di sebelah kanan jalan and
kalau yang mana datang mengikut highway senai-desaru kedai ni
berada di sebelah kiri ..
so far aku makan kat sini aku boleh cakap sos yang dibuat tu sedap ,
chicken grill die pon not bad ..
and yang paling best korang boleh makan chicken chop ni dengan harga serendah
RM5.00 plus banyak daging ayam nye .. 
waktu aku makan ni tak habis kott sebab dah kenyang dah ..
kesian si halimi yang kena paksa habiskan itu pon tetap tak habis jugak..
hahhahaha XD
 
Sedapnya , okay perut terus bunyi tengok makanan ni ..
aku suka sayur tuu , sedap !! before this kalau mana-mana sayur yang dorang
letak kat tepi ayam aku tak pernah aku usik sebab aku rasa tak sedap langsung !!
yang ni penuh selera aku makan , agaknya sebab tu laa ayam aku tak habis kott ..
so here beberapa view kedai yang boleh korang tengok ..
yang best nye kedai ni semangat pasukan bola johor taw ,
JDT = JOHOR DARUL TAKZIM ..
semuanya bertemakan biru merah .. yeah yeah
sesiapa yang belum try makan kat sini , boleh laa datang lepak sini ..
jangan risau semuanya dijamin sedap ..
so enjoy all the photo and thank you ..
xoxo, ~ bye






p/s : pulau pinang sarawak selangor

Wednesday, February 05, 2014

Kem Tahunan junior palapes darat siri 17 ( Personal story first)

Assalamualaikum ..
kekuatan untuk mengagahkan diri menulis blog telah bermula..
start 1 2 3 and now here i go !!!
kehitaman muke menjadi topik penting selepas selesai menjalani latihan
kem tahunan pegawai kadet junior palapes darat UNIMAS ..
itu pintu masuk kolej kenanga aku , kiranya rumah utama aku di bumi
kenyalang ni laa. kediaman yang banyak kenangan dalam diri setiap kadet..
menjadi kadet junior dalam darat ni , banyak cabarannya..
tak payah laa nak cakap jadi junior tu boleh dimanja-dimanja ,
wekkk and sila muntah pelangi ye .. kita sebagai junior telah diberi ilmu
oleh para senior-senior kami agar untuk tidak menjadi lemah semasa kem tahunan ini.
and so far alhamdulilah , kem tahunan peringkat junior berjalan dengan lancar and
semua kadet berjaya melaksanakan setiap tugasan mahupon ujian diberi
dilaksanakan dengan baik .. daebak junior !! :D
muke keriangan + kepoyoan memakai half loreng bersama pertunjukkan gigi ..
waktu ni kulit muke terjaga bak menatang minyak yang sangat penuh ..
belum dijamah oleh nyamuk aka gangster hutan ..
mereka sangat gangster menyerang muke tangan aku dengan sesuka hati .
senjata yang mereka gunekan sangat laa memberi kesan kepada
kulit aku sehinggakan merah-merah kulit aku ..mujur aku mempunyai
perlindungan dan aku tidaklah mendapat kesan yang teruk akibat
serangan gangster hutan, alhamdulilah :D

mohon jangan keliru wajah aku dengan princess Fiona ( awek shrek) walaupon
aku taw kecomelan aku lebih daripada dia .. hehe XD
selama aku hidup tak pernah aku make up sebegini ..
tak pernah aku terlajak pakai eye shadow lebih ke seluruh bahagian muke ,
maaf maaf actually ni pon eyeshadow pon , macam bongok laa kan
nak pakai eyeshadow ke seluruh muke .. tujuan aku menconteng muke
kesayangan ni kerana aku akan melakukan ujian dan menjadi syarat untuk
kita menconteng muke agar dapat markah yang baik .. betul aku tak tipu ni !
tapi nasib tak berapa baik coz aku kalah dengan kangdungan bahan ni ..
habis naik "jururawat" di muke ku , haihh nak buat macam mne kan,
nama pon pelajar hutan .. aku okey dan terima jerr..


hutan yang aku masuk ni hutan kat Lundu , Sarawak
daripada UNIMAS dalam 2 jam macam gitu laa sebab aku bangun tidur bangun
still tak sampai-sampai .. nampak tak kejauhan di situ ?
orang kampung situ pon baik-baik , kitaorang asyik tumpang
tandas ngan solat jer .. sudahlah bekalan air kurang di kawasan kampung ni..

tapi masyarakat di sini dah biasa dah and kami yang baru datang ni kena
la jugak biasakan keadaan di sini .. ala tapi cuma untuk 1 hari jer rasa suasana gitu sebab

selama 4 hari kehidupan aku adalah sebagai pelajar hutan .. XD
tempat yang aku berdiri ni tempat tidur aku , paham tempat tidur ??
waktu ni laa si Gangster hutan serang aku , huii kejam mereka tu ..
walaupon diserang dan diberi bermacam-macam ujian alhamdulilah
aku berjaya harunginye and horrayyyy !!
now sedang berkemas-kemas untuk pulang ke negeri kesayangan iaitu
JOHOR DARUL TAKZIM ..
doakan keselamatan perjalanan pulang saya , xoxo bye ~