Silent reader

Wednesday, February 29, 2012

Carta 10 = Hello Kitty Gilee Kiut !

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
korang kenal cartoon nama HELLO KITTY ?
alaa yang comel-comel gituee ..
hello kitty sejenis kucing comel yang ada misai
6 helai sahaja ! sahaja ..hehehhe ^^
so hari yang indah ni,fara ingat nak kongsikan dengan 
korang carta 10 barang yang bermotifkan
HELLO KITTY ! ^^
 
 
1-Kamera Hello Kitty
 
2-Laptop Hello Kitty
 
3-Mouse Hello Kitty

4-Handphone Hello Kitty
 
5-Kalkulator Hello Kitty
  
6-Rumah Hello Kitty

7-Kopi Hello Kitty

8-Spec Hello Kitty

9-Pembakar Roti Hello Kitty

10-Set Minuman Hello Kitty


so what ?? so what ??
comel tak? fara taw banyak lagi barang yang bermotifkan
hello kitty..boleh pening weiii,,
korang kenal paris hilton kan ?
tak silap aku laa,Paris Hilton ni peminat Hello Kitty !
so korang kalau ada minat pasal hello kitty ni,
jom laa kongsikan dengan fara ..
mana taw korang ada koleksi barang hello kitty..
oke ? ^^

Sunday, February 26, 2012

Kalau Pakai Kamera Biasa,Gambar Rosak ker ??

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
idaman semua orang beb nak memiliki DSLR ..
tell me tell me siapa yang tak pernah
berangan nak ada DSLR sndiri ??
berangan oke ,,,
^^
 ini cool oke ..warna gila OHSEM semuanya ...
ohhhhhh :)
oke seperti korang semua taw,fara amat gemar
kumpulkn gambar dalam belog fara ni ...
a lots of gambar fara akan kumpulakn ..
even entry pendek pon mesti ada gambar ..
sesuai dengan tulisan kat header tuee,
' PICTURE WITH STORY '
walaupon macam gitu,fara hanya mengumpulak gambar
dengan kamera biasa ... biasa oke ,,
tapi fara ada dengar laa dari seseorang bagitaw fara,
POLAN ini say "gambar dari camera kau pecah 
laa bila masuk lappy aku"
pehhhh,terkejut sehhh..selama ini fara siap masuk
contest,siap upload dalam facebook,dalam
blog tak pernah pulak PECAH !
 ini antara gambar hasil daripada kamera fara..
adakah ini pecah ??
say what,kamera fara memang lensa bukan yang besar
gedabak kedepan tue..
but fara sayang habis dengan kamera fara ..
even cume kamera biasa ..
tolong jangan salahkan kamera fara ..
kamera fara antara barang paling fara sayang ..
SERIUS !
so,kalau kamera fara ini tidak memuaskan hati 
awak,maaf yee..ini jerr yang mampu fara ada ..
dah bersyukur sangat fara mampu memiliki
barang ini dengan menggunakan duit fara sendiri !
 alhamdulilah ^^

bagi yang pernah teka untuk soaln fara ni..
mehhh fara bagi jawpan kat korang ..
comel kan barang sekolah fara..hehehe ^^
yang comel warne pink uw ialah PENGOREK ,
yang biskut ini ialah PEN !
hehhehehehheehhe
^^



Friday, February 24, 2012

Mataku Bersama Daun Kering Sepanjang Masa

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
yeah esok hari sabtu dimana tiada aktiviti di sekolah..
tidak seperti minggu lepas dan lepas ..
hari sabtu kena pergi sekolah !!
rasa macam MALAS OIIII !
tapi gagahkan jugak pergi sebab ada bengkel menjawab 
MUET dan dapat voucher !
alhamdulilah,dah dapat weiiii ..
^^
haaaa,sebab dah dapat tuee,banyak cikgu-cikgu tuntut
suruh beli buku,buku latihan dan jugak barang
untuk kerja kursus SENI !!
 yeah !! memang kerja aku ke hulu kehilir ambil gambar ..
aku suka kumpul banyak gambar ..
sebab dari gambar kita akan ingat memori tuee sampai
bila bilaa..ohhh ^^
apasal tajuk aku kali ni sebut daun kering ?
kalau sebut ikan kering tuee,mesti korang faham..
mungkin fara nak ajak korang makan ..
tapi daun kering ???err,motif apa ni ??
hahahahhahahahhahahahha ..
chill semua ..kang bagi CILI nanti ...
seperti pendahuluan di atas tue,korang nampak tak
perkataan SENI ?? nampak ??
so,ini ada kaitan ..kaitan yang membuatkan jiwa ku 
berada dalam keadaan KEMELUT !!
sesuai dengan tajuk untuk lukisan seni ..
mengambil tajuk KEMELUT memaksa aku untuk berada,
menjiwai dunia kemelut ..
 dengan itu aku memilih DAUN KERING
sebagai subjek utama aku dalam tajuk KEMELUT ..
di mana kemelutnya ??
apa jalan cerita lukisanku ??
adakah ini yang ingin kamu lukis ??
maaf kawan,semua ini masih belum aku mampu
kongsikan bersama korang ..aku belum mahir dalam
seni melukis ini..cuma yang aku mintak,
doakan lukisan DAUN KERING aku menjadi ..
menjadi daun !!
bila semuanya sudah selesai,akan aku
ceritakn kepada korang semua ..harap aku
sentiasa mendapat doa dari korang ..
amin ^^

 
 

Thursday, February 23, 2012

CARTA 10 = Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka ! Awwww

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
Rasanya minggu ni belog fara semacam sunyi jerr ..
Tiada entry yang fara buat ..sibuk laa kawan ,,
So dikesempatan yang ada ini,fara nak kongsi perkara
Yang perempuan mesti baca !!
Perkara apa itu ?? mesti kena baca ehhh…
Hehhehehehhehehhehehhehehe
So,selamat membaca …
kenal pasti setiap 10 perkara ini oke :)

SIKAP PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA ..
(pewiiitttt)


 1-Taat Pada Agama
 Agama merupakan pegangan hidup 
sebagai manusia.jika wanita itu taat pada 
agama,maka dia juga akan patuh 
kepada lelaki.TETAPI,lelaki tidak boleh laa 
sesuka hati menyuruh perempuan untuk 
menuruti apa pun kemahuan lelaki kerana 
segala yg dilakukan oleh perempuan nanti 
akan sentiasa berlandaskan agama .
ini menunjukkan bahawa dia 
 mempunyai prinsip hidup yang baik.

2-SikAp Keibuan ,,
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang
 bersikap lemah lembut,mengambil berat 
serta penuh kasih sayang .wajah ayu mampu 
membuatkan lelaki berasa tenteram 
ketika stress,cemas,gelisah serta 
 senang hati ketika mahu bermanja ..

3-Menghargai ,,
Berbeza dengan perempuan yang suka 
diperlakukan dengan lembut,lelaki pula 
suka dihargai ! saat dipuji dengan tulus ikhlas 
dan diberi kepercayaan ,penghargaan tersebut 
membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi ..

4-Keanak-anakkan
Dalam batasan yang wajar,sifar keanak-anakkan
 menjadi sesuatu yang menarik di mata lelaki .
malah tidak dinafikan lelaki akan
 berasa terhibur dengan teletah kaum hawa..
TAPI,para si gadis-gadis ni perlu tahu jugak ,
sifat keanak-anakkan bukannya sifat yang 
terlalu mengada-ngada sampai digelar GEDIK oke,,
ianya lebih kepada sesuatu yang menyenangkan 
 serta mencuit hati di mata lelaki ..

5-Simpati dan prihatin
Seseorang yang murah hati,mengambil berat ,
simpati pada nasib yang susah ,
 menyayangi kanak-kanak dan
 tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri 
yang paling utama di dalam  senarai setiap lelaki .
Kebaikan yang wajar dan spontan 
mencerminkan hati yang mulia.
Kecantikkan dalaman yang termaktub 
dalam dirinya tersergam indah dan 
cukup jelas untuk dilihat.

6-Pandai Bergaul dan 
Menyesuaikan Diri
Gadis-gadis seperti ini mempunyai 
nilai yang lebih dimata lelaki.
kenapa ini menjadi pilihan lelaki ? 
ini kerana mereka tahu peranan tatkala 
berhadapan dengan orang yang lebih tua 
dan berperangai mengikut suasana ,
selain mudah diajak ke mana sahaja 
serta tidak kekok berada di bandar 
mahupun kampung ..

7-Penuh Pengertian
 Sikap ini membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.
sikap ini tercermin daripada perasaan mudah 
memaafkan ,memilih waktu yang tepat untuk 
berbincang masalah dan lain –lain.

8-Menjaga Penampilan
 Sudah lumrah si gadis untuk menjaga penampilan 
agar kelihatan cantik,kemas,bersih dan menarik
.keadaan ini mencerminkan perempuan 
tersebut menghargai dirinya .

9-Sederhana
lelaki lebih gemar memiliki pasangan yang
mementingkan kesederhanaan dalam kehidupannya.
seperti contoh teman wanitanya gemar menunjuk-nunjuk
barang yang baru dibelinya dengan rakan2nya..
hal ini membuatkan lelaki akan berfikir 
bahawa wanita ini sebenrnya tidak percaya diri,ada 
kekurangan pada dirinya lalu menutupnya 
dengan mempamerkan sesuatu yang lebih darpada
yang dimiliki oleh  orang lain.

10-Pandai Berbicara
gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh 
diajak berbual merupakan ciri-ciri 
yang membuatkan lelaki tertarik !
walaupon topik perbualan yang disukai berbeza,
tetapi si gadis tetap berupaya mengimbanginya.
menjadi pendengar yang baik serta bijak 
mengalihkan topik yang agak serius kepada 
perbulan yang lebih menarik sudah pasti akan
diminati oleh si jejaka ....



say what say what ??
ini entry rasa macam panjang jerr ..
uwwww,special fara buat khas untuk 
korang tambah-tambahkan ilmu tuee..
tak kan korang sepanjang masa nak kehidupan yang
sama jerr kan ..so,jom berubah !
berubah kepada kebaikkan sangat digalakkan ^^