Silent reader

Thursday, March 08, 2012

Korang Dengan Mudah Boleh Kenal Orang Johor Dengan Cara Ini !

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
ya allah,aku bersyukur sangat-sangat sebab exam dah
selesai..segala memori kat otak yang pagi tadi
mampat sampai aku takut die meletup dah habis..
dah berakhir..esok boleh tengok anak ke 11 atuk aku kahwin..
yeah !!
korang semua yang dah lama usha belog fara,
mesti taw fara ni anak jati johor ..
kan ??
so dengan indahnya fara nak kongsikan dengan korang 
cara macam mana korang nak kenal warga
johor macam aku ni..hehe ^^
jangan risau,penulisan tidak membosankan yee
jom kita mulakan ,,

1) Manusia Johor kebanyakkan ayat mereka akan diakhiri dengan 'ekk'. Contoh, "ini kau punye ekk?", "macam mana nak buat ni ekk?", "uit, nama kau sape ek?" dan etc.

2) Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana - jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.

3) Manusia Johor menyebut Muar sebagai MUOR. (Kena juih bibir sikit) Malah korang melafazkan semua yang berakhir dengan "AR" sebagai "OR" Contoh: Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (Ular), pagor (Pagar) dan lain-lain.

4) Manusia Johor walau dia seorang yang pendiam pun, kalau sekali dia buat lawak, boleh gelak sampai guling-guling beb. Manusia Johor senang diajak berborak, bergurau sebab sikap humor yang ada dalam diri. Hampir semua manusia Johor pandai loyer buruk, tak kira la bandar atau luar bandar.

5) Manusia Johor ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, pasti pernah ada endut atau busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat: Haa ... kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut. Endut ialah teman lelaki atau teman wanita. Berendut tu macam pergi dating la.. hah hah hah.

6) Kat Johor femes otak-otak, gula tarik, gula kandy, sagun. Tapi dah jarang dapat gula tarik. Best woo, boleh tarik panjang-panjang.

7) Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye Sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapura, Sebab itulah pengaruh barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Jadi, tak heranlah kalau Kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash dan sebagainya. Boleh pakai ke teori ni?

8) Kenduri kawin ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan bahawa cita rasa istimewa.Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Kedua-dua kulit dan isi. Biasanya orang buat telur pindang ni untuk majlis khas, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, kita boleh tahu kelas sosial rumah tuan - biasanya orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni Sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam. Oleh itu menggunakan kos yang tinggi.

9) Manusia Johor baju simpan dalam GEROBOK. Tidur pakai GEBOR. Tidur atas LECA. Jotos bermaksud luku. Contoh, "aku jotos pale ko kang"

10) Manusia Johor boleh dapat siaran daripada Singapura. Aku pun suka layan tv singapore sebab dorg tayang movie best-best..hah hah hah. Kekadang manusia Johor dapat juga channel daari seberang, contoh RCTV, SCTV.

11) Manusia Johor semua cantik-cantik dan kacak-kacak..ok! ini aku tambah..tapi benar!..keh keh keh
ini memang benar guys ..
kadang kadang dalam penulisan belog aku pon
aku terbawak bawak yang "ek" tue..
hehehhehehehhehehe ^^
paling best dapat siaran luar negara wooo ..
singapura ngan indonesia negara tak pernah ku pergi,
dapat tengok siarang dorang pon oke laa..
kalau indon setiap malam full dengan sinetron ..
tuee PUTRI Yang Ditukar panjang taww episodnya,.
hahahhahahhahahaha
jom melawat jom semua ^^
 


p/s : telur pindang cecah dengan kicap..
sedap wehhh !! aku suka ^^
 
 

4 comments:

Arep Skema said...

Okay saya setuju sebab saya JOHOREAN - Batu Pahat :D hahaa. Best entry ni. Bangga je baca ekk.

Farah Azurah said...

batu pahat ekk?hahah :D

logorithm said...

Wah! Info menarik! Baru I tahu walaupun dah menghabiskan masa bertahun-tahun study dan kerja kat UTM Skudai.

And I luv telur pindang!

Farah Azurah said...

telur pindang tuee akan bertambah sedp kalau cecah dgn kicap.. :)