Silent reader

Thursday, February 23, 2012

CARTA 10 = Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka ! Awwww

Assalamualaikum ..
*wajib jawab*
Rasanya minggu ni belog fara semacam sunyi jerr ..
Tiada entry yang fara buat ..sibuk laa kawan ,,
So dikesempatan yang ada ini,fara nak kongsi perkara
Yang perempuan mesti baca !!
Perkara apa itu ?? mesti kena baca ehhh…
Hehhehehehhehehhehehhehehe
So,selamat membaca …
kenal pasti setiap 10 perkara ini oke :)

SIKAP PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA ..
(pewiiitttt)


 1-Taat Pada Agama
 Agama merupakan pegangan hidup 
sebagai manusia.jika wanita itu taat pada 
agama,maka dia juga akan patuh 
kepada lelaki.TETAPI,lelaki tidak boleh laa 
sesuka hati menyuruh perempuan untuk 
menuruti apa pun kemahuan lelaki kerana 
segala yg dilakukan oleh perempuan nanti 
akan sentiasa berlandaskan agama .
ini menunjukkan bahawa dia 
 mempunyai prinsip hidup yang baik.

2-SikAp Keibuan ,,
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang
 bersikap lemah lembut,mengambil berat 
serta penuh kasih sayang .wajah ayu mampu 
membuatkan lelaki berasa tenteram 
ketika stress,cemas,gelisah serta 
 senang hati ketika mahu bermanja ..

3-Menghargai ,,
Berbeza dengan perempuan yang suka 
diperlakukan dengan lembut,lelaki pula 
suka dihargai ! saat dipuji dengan tulus ikhlas 
dan diberi kepercayaan ,penghargaan tersebut 
membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi ..

4-Keanak-anakkan
Dalam batasan yang wajar,sifar keanak-anakkan
 menjadi sesuatu yang menarik di mata lelaki .
malah tidak dinafikan lelaki akan
 berasa terhibur dengan teletah kaum hawa..
TAPI,para si gadis-gadis ni perlu tahu jugak ,
sifat keanak-anakkan bukannya sifat yang 
terlalu mengada-ngada sampai digelar GEDIK oke,,
ianya lebih kepada sesuatu yang menyenangkan 
 serta mencuit hati di mata lelaki ..

5-Simpati dan prihatin
Seseorang yang murah hati,mengambil berat ,
simpati pada nasib yang susah ,
 menyayangi kanak-kanak dan
 tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri 
yang paling utama di dalam  senarai setiap lelaki .
Kebaikan yang wajar dan spontan 
mencerminkan hati yang mulia.
Kecantikkan dalaman yang termaktub 
dalam dirinya tersergam indah dan 
cukup jelas untuk dilihat.

6-Pandai Bergaul dan 
Menyesuaikan Diri
Gadis-gadis seperti ini mempunyai 
nilai yang lebih dimata lelaki.
kenapa ini menjadi pilihan lelaki ? 
ini kerana mereka tahu peranan tatkala 
berhadapan dengan orang yang lebih tua 
dan berperangai mengikut suasana ,
selain mudah diajak ke mana sahaja 
serta tidak kekok berada di bandar 
mahupun kampung ..

7-Penuh Pengertian
 Sikap ini membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.
sikap ini tercermin daripada perasaan mudah 
memaafkan ,memilih waktu yang tepat untuk 
berbincang masalah dan lain –lain.

8-Menjaga Penampilan
 Sudah lumrah si gadis untuk menjaga penampilan 
agar kelihatan cantik,kemas,bersih dan menarik
.keadaan ini mencerminkan perempuan 
tersebut menghargai dirinya .

9-Sederhana
lelaki lebih gemar memiliki pasangan yang
mementingkan kesederhanaan dalam kehidupannya.
seperti contoh teman wanitanya gemar menunjuk-nunjuk
barang yang baru dibelinya dengan rakan2nya..
hal ini membuatkan lelaki akan berfikir 
bahawa wanita ini sebenrnya tidak percaya diri,ada 
kekurangan pada dirinya lalu menutupnya 
dengan mempamerkan sesuatu yang lebih darpada
yang dimiliki oleh  orang lain.

10-Pandai Berbicara
gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh 
diajak berbual merupakan ciri-ciri 
yang membuatkan lelaki tertarik !
walaupon topik perbualan yang disukai berbeza,
tetapi si gadis tetap berupaya mengimbanginya.
menjadi pendengar yang baik serta bijak 
mengalihkan topik yang agak serius kepada 
perbulan yang lebih menarik sudah pasti akan
diminati oleh si jejaka ....



say what say what ??
ini entry rasa macam panjang jerr ..
uwwww,special fara buat khas untuk 
korang tambah-tambahkan ilmu tuee..
tak kan korang sepanjang masa nak kehidupan yang
sama jerr kan ..so,jom berubah !
berubah kepada kebaikkan sangat digalakkan ^^
 

 

1 comment:

Awie Omar said...

TERIMA KASIH Farah sebab sudi buat tugasan yang diberi