Silent reader

Wednesday, November 23, 2011

Esok Yuna Pulang Trofi Lagu Terbaik ! *kenapa begini*

Assalamualaikum ..
i just wanna share this article to you all ..
article ni fara dapat daripada 


 
*suka dengan baju yuna.hehhehe*


KUALA LUMPUR, 23 NOV 2011: Memang benar satu kesilapan besar apabila penganjur Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengiktiraf kemenangan lagu Penakut dendangan Yuna sebagai Lagu Terbaik.

Jelas Naib Pengerusi RIM, Adrian Lim, kesilapan tersebut datangnya daripada pihak mereka dan seharusnya RIM bertanggungjawab untuk membetulkan semula keadaannya.

"Memang benar telah berlaku satu kesilapan oleh pihak kami kerana telah memilih lagu Penakut Yuna sebagai Lagu Terbaik. Seharus pemilihan Lagu Terbaik dipilih berdasarkan kepada lagu yang memenangi anugerah dalam kategori lagu dalam genre tertentu.

"Kami mengakui kesilapan kami dan kami mahu membetulkan keadaan dan tidak mahu menyembunyikan perkara tersebut. Ini merupakan kali pertama kami mengendalikan majlis anugerah tersebut lantas kejadian ini menjadi iktibar untuk kami di masa depan," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my mengulas mengenai isu pemulangan trofi anugerah Lagu Terbaik yang dimiliki Yuna.

Terang Adrian, esok ( 25 November ) satu sidang media akan diadakan bagi memulangkan semula trofi kemenangan tersebut kepada pemenang yang sewajarnya.

"Esok kita akan adakan sidang media untuk memulangkan semula trofi Lagu Terbaik itu kepada pemenang sebenar. Sepatutnya sidang media itu diadakan pada minggu hadapan namun disebabkan maklumat mengenainya telah pun terbocor maka kami terpaksa mempercepatkannya," katanya lagi.

Pada AIM 18 yang lalu, kemenangan Lagu Terbaik, Penakut nyanyian Yuna dipertikaikan oleh ramai pihak disebabkan lagu tersebut telah pun kalah kepada lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Ini kerana selalunya sesuatu anugerah, lagu yang menang dalam kategori muzik/genre tertentu akan menjadi juara untuk kategori utama iaitu Lagu Terbaik. Kemenangan Yuna tempoh hari sememangnya tidak dapat diterima akal.

Ditanya adakah Anuar Zain yang bakal merangkul anugerah tersebut, sambil ketawa Adrian memberitahu lebih manis sekiranya jawapan tersebut didedahkan secara berhemah dalam sidang media yang akan diadakan esok jam 3 petang.

Namun apa yang pasti sidang media esok akan dihadiri oleh kesemua yang terlibat termasuklah Yuna dan Anuar Zain sendiri. Siapakah pemenang yang layak pastinya sudah boleh diteka sendiri oleh anda semua setelah mengetahui artis yang bakal hadir esok.

Bukan tidak mahu memberitahu siapakah pemenang yang layak cuma sekadar menghormati permintaan Adrian yang mahukan pengumuman tersebut dilakukan secara profesional di sidang media berkenaan.

Sementara itu, Anuar Zain ketika dihubungi sebentar tadi, tidak dapat memberikan sebarang komen kerana perkara tersebut masih belum disahkan dan hanya akan terjawab pada esok hari.





sumber daripada : Murai.com ..kalau korang nak info lebih,g masuk laman web sane eh..
 

4 comments:

ct N honey said...

bukan salah yuna pun...

Umie Artoqiemie said...

kesian pulak Yuna.. hmmm.

Farah Azurah said...

ct and honey : memang bukan salah yuna..tapi yuna jugak yang kena..kesian die :(

Farah Azurah said...

umie : kesian sgt kak